May 23

PERIHAL SPBT

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.

MATLAMAT

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.

OBJEKTIF

OBJEKTIF

  1. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
  2. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan merekA

FUNGSI

  1. Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
  2. Mengawal penggunaan buku teks.

May 23

MEET THE BOSS

May 23

MEET THE BOSS

May 23

Bilik SPBT 2017

Urusetia Bilik SPBT yang terdiri daripada murid-murid mengambil peluang untuk mencari pengalaman dalam pengurusan.

KIRA, kesemua stok buku dikira sebelum diedarkan.

BERAT, bilangan murid yang ramai menjadikan kerja-kerja pengumpulan, menyusun dan pengagihan dijalankan oleh guru-guru lelaki

KIRA,TAG.&EDAR merupakan langkah penting dalam pengurusan buku teks sekolah.

STOK BAHARU. setiap minggu, pihakSPBT akan mengemaskini inventori buku teks.

Jan 27

SEMOGA MAJU JAYA EN SUGUMARAN.

Selamat maju jaya di sekolah bahru En Sugumaran. Setelah berkhidmat di sekolah Kebangsaan Sungai Batu sejak 2012, dengan berat hati En Sugumaran terpaksa meninggalkan warga sksbt dan melepaskan tanggungjawabnya di SKSBt sebagai penolong kanan HEM bagi tahun 2017.

dalam satu majlis perpisahan khas yang diadakan secara bersederhana di foyer, En Sugumaran turut mengingatkan para murid agar teruskan hadir ke sekolah dan meningkatkan peratusan kehadiran setiap hari. Dalam ucapan pendeknya juga beliau turut memberikan semangat kepada para rakan sejawat agar memberikan khidmat yang terbaik untuk sekolah. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang mengatur majlis perpisahan yang begitu menyentuh hati itu.

Oct 27

LATIHAN PESSCA BOLA TAMPAR

img_20161025_082905

Masih berbisa. Tuan Guru Besar Merasmikan Latihan bola tampar skuad PESSCA 2016

img-20161025-wa0033

Tak pernah mengalah walau panas terik dan dibasahi peluh

img-20161025-wa0040

Sesi memanas badan dipimpin oleh beberapa jurulatih bidan terjun

img-20161025-wa0044

Masing-masing memberikan tumpuan 120% dalam latihan walaupun diajak bergambar.

 

Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG (PENANG STATE EDUCATION SERVICE SPORTS AND CULTURAL ASSOCIATION (PESSCA)). Selepas itu disebut sebagai “Pertubuhan”.

Alamat berdaftar tempat urusan dan surat – menyurat Pertubuhan ialah di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Jalan Bukit Jambul, 11700 Pulau Pinang atau tempat – tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat. Alamat berdaftar tempat urusan dan surat – menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Aug 31

Batu Permata Di SKSBt

SATU lagi permata dapat digilap bakatnya di SKSBt. Ucapan-ucapan sebegitu kerap kedengaran di perhimpunan-perhimpunan rasmi sekolah akhir-akhir ini.Sekalung penghargaan kepada wakil pidato SKSBt adik Masyitah kerana telah mengharumkan nama sekolah ketika mewakili sekolah dalam Hari Pelancaran Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2016 Negeri Pulau Pinang.

Hari Pelancaran yang diadakan di Taman Negara Telok Bahang itu merupakan satu pencapaian yang membanggakan yang diwakili murid SKSBt dalam bidang kokurikulum. Justeru, perkara ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada murid-murid SKSBt yang lain untuk turut sama berjaya khususnya dalam bidang kokurikulum.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO telah menetapkan 31 Mei setiap tahun sebagai hari tembakau sedunia. Sambutan ini diadakan bagi mengetengahkan isu-isu utama berkaitan tabiat merokok dan advokasi untuk penggubalan polisi yang berkesan ke arah mengurangkan pengambilan produk tembakau. Isu-isu ini dijadikan tema sambutan WHO untukmenggalakkan negara di dunia untuk mengadakan sambutan berkenaan.

Berbekalkan azam dan iltizam untuk mengubah dunia supaya bebas asap rokok, adik bertubuh kecil berjiwa besar ini tekun berlatih dengan bersungguh-sungguh setiap hari. Baginya, perjuangannya bukan sekadar meraih kemenangan, akan tetapi menyebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya merokok. Dengan melakukan latihan setiap hari dibawah tunjuk ajar Pn Ernie, adik Masyitah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan pidato yang disertai. Buat jurulatih sekolah, ibubapa dan semua pihak yang berkaitan yang telah bertungkus lumus menggilap permata sekolah kita, tahniah untuk semua. Satu lagi permata dapat digilap bakatnya.

Adik Masyitah bersama Jurulatih Pidato Pn Ernie

Adik Masyitah bersama Jurulatih Pidato Pn Ernie

En Razif selaku Pen. Kanan Kokurikulum turut sama memberikan sokongan.

En Razif selaku Pen. Kanan Kokurikulum turut sama memberikan sokongan.

image

Aug 25

TERIMA KASIH YB!

Pada pagi yang hening di SKSBt, satu lawatan mengejut oleh ADUN Pulau Betong (N39), Yang Berhormat Sr. Hj. MUHAMAD FARID SAAD, PJK telah diadakan. Lawatan tersebut merupakan satu lawatan khas untuk bertemu dengan murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada beberapa minggu lagi.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Farid atas kesudian kunjungan beliau pada kali ini, Dalam kesibukan kerja dan berkhidmat untuk masyarakat, YB Farid masih lagi berkesempatan untuk melawat dan memberi kata-kata semangat kepada calon-calon UPSR SKSBt. Kedatangan beliau sedikit sebanyak menyemarakkan lagi semangat juang calon-calon UPSR apabila YB Farid memberi  sumbangan peralatan untuk menjawab peperiksaan.

Kepada semua murid-murid SKSBt, terutamanya calon-calon UPSR, janganlah mensia-siakan harapan YB Farid untuk melihat kalian berjaya. Berusahalah bersungguh-sungguh seperti dalam pesanan beliau dalam ucapan ringkas.IMG-20160825-WA0013[1] IMG-20160825-WA0015[1] IMG-20160825-WA0018[1] IMG-20160825-WA0019[1]

Aug 21

TAHNIAH KEPADA ATLET RAGBI SKSBt

image

Adik Muhammad Saifullah, 12 tahun. Mewakili Pulau Pinang dalam Kejohanan Ragbi MSSM 2016

image

Dari kiri; En Irwan Sharidan sebagai jurulatih ragbi SKSBt, Adik Saifullah dan En Razif(Pen Kanan Kokurikulum SKSBt)

imageSEKALUNG penghargaan kepada wakil tunggal SKSBt adik Muhammad Saifullah kerana telah mengharumkan nama sekolah ketika mewakili negeri Pulau Pinang dalam Kejohanan Ragbi MSSM 2016 yang baru melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Kejohanan yang diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah itu merupakan satu-satunya pencapaian tertinggi yang diwakili murid SKSBt dalam bidang kokurikulum permainan dan sukan. Justeru, perkara ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada murid-murid SKSBt yang lain untuk turut sama berjaya khususnya dalam bidang kokurikulum.

Walaupun tewas berdepan Melaka di Suku Akhir seterusnya menafikan harapan mengutip emas, tidak sedikit pun pihak sekolah, ibubapa mahupun warga Pulau Pinang kecewa. Adik Muhammad Saifullah telah berkorban masa tenaga dan wang ringgit dalam mempersiapkan diri untuk kejohanan tersebut. Pengorbanannya cukup tinggi apatah lagi terpaksa berkampung lebih seminggu dan duduk berjauhan dari keluarga tercinta demi kejohanan tersebut. Lebih mengharukan apabila mengenangkan adik Muhammad Saifullah akan menghadapi UPSR pada September depan.

Tiada ganjaran berupa wang tunai berjuta, tiada tajuk besar di akhbar dan berita. Namun,  melakukan perkara yang diminati sehingga ke peringkat ini merupakan satu ganjaran berbentuk pengalaman berharga. Buat jurulatih sekolah, ibubapa dan semua pihak yang berkaitan yang telah bertungkus lumus mempersiapkan atlet kita, tahniah untuk semua

 

Aug 21

Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin UPSR 2016

image

TERIMA KASIH diucapkan kepada khalifah yang memimpin bacaan yassin untuk murid kita

image

KHUSYUK. Kerana sudah biasa menyertai aktiviti keagamaan di masjid, dua guru ini tidak kekok memperdengarkan bacaan yassin secara seirama

image

PEREMPUAN juga tidak mahu ketinggalan walaupun terpaksa bersolat menggunakan kerusi

image

TERIMA KASIH Kepada ibubapa murid dan orang kampung yang turut serta dalam program sekolah kami.

image image Bertempat di Masjid Ridhwaniah di Kampung Sungai Batu, satu program solat hajat dan bacaan yassin bersempena UPSR2016 telah dijalankan. Program tersebut disertai oleh guru dan ibu bapa yang beragama Islam. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menambah motivasi murid dan memberi keyakinan kepada mereka agar dapat menghadapi UPSR yang akan tiba tidak lama lagi.

Solat hajat tersebut di imamkan oleh Al Fadhil Ustaz Fuad sebaik selesai solat Maghrib. Seterusnya Ustaz Fuad memimpin bacaan yassin dan doa selamat. Terdapat lebih 150 orang makmum menyertai program ini. Sebagai maklumat tambahan, program bacaan yassin dan solat hajat ini merupakan acara tahunan bagi SKSBt. Diharapkan program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang.

 

Older posts «