«

»

Aug 31

Batu Permata Di SKSBt

SATU lagi permata dapat digilap bakatnya di SKSBt. Ucapan-ucapan sebegitu kerap kedengaran di perhimpunan-perhimpunan rasmi sekolah akhir-akhir ini.Sekalung penghargaan kepada wakil pidato SKSBt adik Masyitah kerana telah mengharumkan nama sekolah ketika mewakili sekolah dalam Hari Pelancaran Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2016 Negeri Pulau Pinang.

Hari Pelancaran yang diadakan di Taman Negara Telok Bahang itu merupakan satu pencapaian yang membanggakan yang diwakili murid SKSBt dalam bidang kokurikulum. Justeru, perkara ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada murid-murid SKSBt yang lain untuk turut sama berjaya khususnya dalam bidang kokurikulum.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO telah menetapkan 31 Mei setiap tahun sebagai hari tembakau sedunia. Sambutan ini diadakan bagi mengetengahkan isu-isu utama berkaitan tabiat merokok dan advokasi untuk penggubalan polisi yang berkesan ke arah mengurangkan pengambilan produk tembakau. Isu-isu ini dijadikan tema sambutan WHO untukmenggalakkan negara di dunia untuk mengadakan sambutan berkenaan.

Berbekalkan azam dan iltizam untuk mengubah dunia supaya bebas asap rokok, adik bertubuh kecil berjiwa besar ini tekun berlatih dengan bersungguh-sungguh setiap hari. Baginya, perjuangannya bukan sekadar meraih kemenangan, akan tetapi menyebarkan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya merokok. Dengan melakukan latihan setiap hari dibawah tunjuk ajar Pn Ernie, adik Masyitah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan pidato yang disertai. Buat jurulatih sekolah, ibubapa dan semua pihak yang berkaitan yang telah bertungkus lumus menggilap permata sekolah kita, tahniah untuk semua. Satu lagi permata dapat digilap bakatnya.

Adik Masyitah bersama Jurulatih Pidato Pn Ernie

Adik Masyitah bersama Jurulatih Pidato Pn Ernie

En Razif selaku Pen. Kanan Kokurikulum turut sama memberikan sokongan.

En Razif selaku Pen. Kanan Kokurikulum turut sama memberikan sokongan.

image