Dari Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam SejahteraGB

Tuan–tuan dan puan–puan , guru–guru 7 pelangi yang saya hormati sekalian. Telitilah semula ucapan-ucapansaya dalam buku takwim 2013,2014 dan fahamilah sedalam-dalamnya hajat,niat dan harapan saya kepada semua warga SKSBt.Cabaran memang banyak dan datangnya macam air sungai yang mengalir.Justeru kita perlu berubah dalam tindakan dan gerak kerja kearah yang lebih baik untuk tahun 2015 ini.

Pencapaian sekolah kita tidak stabil-boleh naik mendadak dan jatuh pun mendadak juga-ini yang terjadi pada tahun 2014.Kita kini kembali tercorot dalam kalangan 23 buah sekolah kebangsaan di Daerah Barat Daya .Sehubungan itu kita perlu fokus dan bekerja keras meningkatkan pencapaian UPSR tahun 2015.

Guru-guru sekalian,

Berdasarkan TOV murid Tahun 5  2014,mereka juga membawa pencapaian yang rendah.Peratus lulus cuma 30 % sahaja,5A cuma seorang dan subjek Bahasa Inggeris,Sains dam Matematik Gred Purata melebihi 3.Prospek untuk kita melonjak agak sukar tetapi tidak mustahil.Justeru saya meletakkan tanggungjawab ini kepada semua guru bagi memastikan PdP di bilik darjah berada pada tahap  “Ëffective Teaching”.Guru perlu lebih kreatif dan inovatif,mempunyai ilmu dan kemahiran berkaitan PdP dan membudayakan komuniti pembelajaran.Guru-guru juga perlu merangka strategi/idea baharu dalam pelaksanaan PdP.Guru-guru yang baik akan memberi inspirasi dan motivasi kepada rakan sejawatan,berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dan bukan bertindak sebaliknya. Yakinlah kalau kita lebih fokus,kejayaan bakal ditempa.Ingatlah “ Üsaha Tangga Kejayaan”

Guru-guru sekalian,

Memacu peningkatan pencapaian organisasi SKSBt.ini adalah satu tugas yang berat dan memerlukan kesepakatan .Kita perlu menjadi suri teladan kepada murid-murid untuk  mencapai visi sekolah iaitu Penjana Generasi Terbilang.”Yang pipih tak akan datang melayang,yang bulat tak akan datang bergolek”Ayuh!Guru-guru Ku kita amalkan nilai-nilai professional sebagai guru,bersatu padu dalam perbezaan untuk merealisasikan Visi dan Misi sekolah kita.

 

 

Sekian.

Selamat Bertugas

 

Ikhlas daripada,

sign

 

 

 

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sungai Batu

Pulau Pinang.