Sejarah

Bagi menampung keperluan pendidikan berikutan pertambahan penduduk di kawasan Sungai Batu,   pihak kerajaan telah memutuskan untuk membina sebuah sekolah rendah di kawasan tersebut.  Sebuah dusun PT33 seluas  8 ekar di kawasan berbukit telah dikenalpasti sebagai kawasan yang sesuai untuk membina sekolah ini yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Batu.

Pada bulan Julai 2001, projek pembinaan telah dimulakan dan siap sepenuhnya pada bulan April 2003.  Kos untuk menyiapkan sekolah ini ialah sebanyak 8 juta ringgit. Bagi melicin dan melancarkan urusan pembukaan sekolah ini, pihak Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah melantik seorang penyelaras, Encik Nazri bin Mohd Salleh yang berkhidmat di sekolah ini mulai 1 Disember 2002.  Beliau ditugaskan untuk menyelaras kerja-kerja kemasukan murid, guru dan kakitangan di sekolah ini.

Pada 9 Jun 2003, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu telah dibuka dengan rasminya, bermula dengan 245 orang murid dan 13 orang pendidik.  Encik Mohd Zulkifli bin Mohd Zain merupakan guru besar yang pertama berkhidmat di sekolah ini mulai 1November 2003.  Sehingga tahun 2005 sekolah ini mempunyai 653 orang murid dan 32 orang tenaga pengajar, di bawah pentadbiran  Puan Hajah Azizah binti Mohamad Noor.

Sehingga tahun 2012 seramai 7 orang guru besar telah berkhidmat disini dengan jumlah murid terkini ialah 956 orang. Kini, SKSBt memacu perubahan demi perubahan di bawah pentadbiran baru, En. Abu Haniffa b. Naina Mohd.